Tidak semua ilmu tercatat di dalam buku. Ada yang lahir daripada pengalaman, pemerhatian, pergaulan, kesilapan, cabaran sepanjang perjalanan hidup. lmu yang Tidak Tertulis mengajak pembaca melihat setiap pengalaman sebagai sebuah pembelajaran. Setiap pertemuan membawa pelajaran, setiap kesilapan meninggalkan pengajaran dan setiap cabaran membentuk kekuatan. Buku ini menghimpunkan renungan dan pengalaman tentang kehidupan yang mungkin sering kita lalui tanpa menyedari nilai ilmunya. Ini kerana, kehidupan ialah sekolah yang tidak pernah tamat, dan pengalaman ialah antara gurunya yang paling jujur.