Pengalaman mendidik anak yang dilabelkan sebagai “bermasalah” ini memerlukan kegigihan dan usaha yang berterusan. Ibu bapa perlu memainkan peranan utama dalam mengesan kelewatan penguasaan pelajaran anak-anak manakala guru boleh melaporkan perkembangan mereka dari semasa ke semasa. Yakinlah bahawa anak yang BIASA-BIASA ini mampu menjadi LUAR BIASA jika betul acuan didikannya. Semoga dengan asbab anak syurga ini, Allah memberikan kita lubuk pahala yang berterusan sebagai bekalan ke akhirat sana. Aamiin Ya Robbal Aalamiin.